Isnin, 17 April 2017

BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN

Langkah pihak politeknik menempatkan pelajar-pelajar untukmenjalankan Latihan Industri merupakan salah satu langkah yang bijak. Saya pasti ramai dalam kalangan kita tidak menyedari sesebuah syarikat / organisasi yang berkembang maju adalah bermula daripada sistem pengurusan dan pentadbiran yang sempurna, sistematik dan stabil. Latihan Industri yang dijalankan sememangnya memberi kelebihan dan kebaikan berbanding dengan keburukan. Program ini harus diteruskan kerana ianya banyak memberi manfaat kepada pelajar khususnya dan peluang kepada para pelajar untuk memahami alam pekerjaan yang sebenar bagi mendapatkan pengalaman bekerja di sesebuah organisasi firma ataupun syarikat. Dengan adanya latihan sebegini, ianya dapat memberi keyakinan kepada para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan sebenar yang mencabar dan bijak menggunakan peluang yang ada seperti ini. Pendedahan sebegini perlu dimiliki oleh setiap pelajar sebagai persediaan awal untuk bersaing dipasaran globalisasi. Seterusnya, dengan latihan ini, para pelajar tersebut merupakan bakal pekerja yang berkualiti daripada segala aspek untuk memenuhi keperluan organisasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan