Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja bengkel terutama dalam bahagian mekanikal telah memberikan saya pengalaman yang baru dalam selok-belok syarikat. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam pekerjaan pada masa yang akan datang.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Unit Latihan Industri dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Azaz Shah yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan industri dan penyediaan laporan latihan industri.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan buku laporan dan menamatkan latihan industri selama 6 bulan.